PELAJAR WANITA MENJADI PELACUR: SEJAUH MANAKAH KEBENARANYA?

Friday,March11 2011

Assalamualaikum, last Wednesday i watched 999 edition regarding the rampant issues-Illegal child or anak tak sah taraf' as i seen that is sadness when the University students are also one of criminalized  dumping the baby's inhumanity. Why does it happens..when we are well educated in University...
Here its some argument that i put forward during my 1st year studies.

PELAJAR WANITA MENJADI PELACUR: SEJAUH MANAKAH KEBENARANYA?


Sejak akhir-akhir ini sering terbongkar di dada akhbar tentang kegiatan pelacuran dikalangan mahasiswi IPTA. Isu ini ternyata mengejutkan banyak pihak,memandangkan status pelajar IPTA yang dipandang tinggi oleh  masyarakat. Mereka ini tergolong dalam kategori pelacur bebas iaitu kumpulan elit dalam pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/S, gadis pejabat,artis dan peragawati.mereka akan mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif dihotel atau tempat tumpuan golongan elit. Penglibatan siswi diperkukuhkan lagi apabila seorang penulis turut membongkar kegiatan pelajar kampsus melalui bukunya yang berjudul Campus Fresh Chicken (Ayam Segar Dari Kampus).
Punca penglibatan pelajar siswi:

Kos sara hidup yang tinggi


Setiap penuntut di ipta akan diberi pinjaman pendidikan. Walaubagaimanapun, pinjaman yang diberikan tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan pengajian,tempat tinggal, pengankutan dan sebagainya. Atas desakan hidup yang dialami ada yang mengambil jalan pintas iaitu melacurkan diri mereka dengan memenuhi kelab malam mencari lelaki hidung belang yang sanggup ’menyewa’ mereka dengan memberi wang yang lumayan  sebagai ganjaran.
Penuntut IPTA rata-ratanya adalah remaja. Sebagaimana yang kita tahu, remaja merupakan golongan yang mudah tepengaruh dengan pesekitaran terutamanya dengan rakan-rakan di sekelilingnya. Keinginan yang tidak dapat dibendung untuk memiliki barangan mewah dan berjenama menyebabkan remaja ini merasakan bahawa wang pinjaman dan kiriman wang dari ibu bapa mereka tidak cukup bagi menampung perbelanjaan seharian mereka. Oleh kerana golongan ini ghairah untuk hidup mewah seperti memiliki kereta dan tinggal di kondominium,mereka sanggup melanggar hukum agama dan norma ketimuran.(Harian Metro,24 Julai 2006).
Kurangnya didikan agama
Lantaran sikap mereka yang kurang mengamalakan cara hidup islam yang sepatutnya telah menyebabkan mereka mudah terdorong ke lembah yang hina.(Islam Hadari online). Kegagalan mengawal hawa nafsu berikutan tiada pegangan agama memudahakan mereka terjebak. Namun, segelintir remaja yang mempunyai ilmu agama juga kadang-kala lebih teruk keperibadianya berbanding mereka yang kurang ilmu agama.
Kesan –kesan pelacuran:
Maruah diri siswi tercemar
Terdapat banyak implikasi buruk kepada diri siswi yang terjebak dalam kancah pelacuran. Antaranya adalah, mereka akan dipandang hina oleh rakan-rakan yang lain kerana melakukan perbuatan terkutuk. Ini akan memberikan tekanan emosi terhadap siswi itu sendiri. Lebih memburukan keadaan golongan ini kan mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan pengajian  semata-mata ingin lari dari tomahan rakan-rakan siswi yang lain.

Menjatuhkan air muka ibu bapa
Menjadi satu kebangaan kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian Tinggi. Bagaimana pula perit jerih ibu bapa yang membanting tulang bekerja semata-mata ingin menampung perbelanjaan pembelajaran anak-anak mereka sedangkan realitinya anak-anak mereka telah mencoteng arang ke muka mereka?. Perasaan sayang pada anak-anak tidak dibalas dengan nilai yang setimpal, yang paling menyakitkan dalam hidup adalah menyayangi tapi tidak disayangi. 
Persepsi masyarakat
Sebelum ini imej pelajar IPTA sangat dihormati dan dikagumi. Namun setelah kegiatan pelacuran dipaparkan di dada-dada akhbar,menyebabkan masyarakat memberi perspektif negatif  bahawa ramai siswi tidak menggunakan segala kebolehan yang dimiliki ke jalan yang betul dan menjadi punca kepada gejala sosial yang semakin membimbangkan.
Kerugian pada negara.           

Adalah satu kerugian kepada negara jika golongan intelektual di IPTA sendiri terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral seperti pelacuran. Sebagaimana yang kita ketahui , generasi muda merupakan tunjang kepada generasi pelapis pada masa hadapan dalam memimpin negara ini.
Langkah-langkah mengatasi:
Ibu bapa memainkan peranan.
Sebagaiman yang kita ketahui, proses pembelajaran bermula dari rumah. Oleh itu ibu bapa haruslah meneka aspek kegamaan dan moral yang tinggi dalam diri anak-anak mereka supaya mereka tidak mudah terlibat dalam kancah pelacuran. Selain itu, kepercayaan dan kasih sayang yang diberikan haruslah ada batasannya agar mereka tidak terlalu dimanjakan.
Peranan dan tanggunhjawab siswi
Sebagai siswi di IPTA, mereka haruslah mengutamakan pelajaran dan menjaga nama baik institusi pengajian mereka. Tambahan pula, siswi haruslah bijak dalam memilih rakan-rakan dan menasihati rakan-rakan yang lain jika ada yang terlibat dalam kancah pelacuran.
Sumbangan masyarakat
Melalui pendedahan yang dipaparkan di akhbar,majalah atau artikel yang dibuat oleh pihak media, masyarakat haruslah mengambil inisentif dengan menbantu pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam, atau pihak polis dalam menguatkuasakan undang-undang. Komuniti masyarakat juga digalakkan menganjurkan ceramah,kaunseling atau program motivasi dalam usaha membantu mencari jalan penyelesaian kepada isu pelacuran di kalangan mahasiswi IPTA.
Kesimpulan
Kegiatan pelacuran di kalangan mahasiswi amat membimbangkan. Walauapun jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama,adat,budaya malah menyalahi undang-undang negara kita. Terlalu banyak jalan keluar bagi setiap masalah tetapi mereka membuat kesilapan dalam memilih jlan keluar yang disangkakan baik untuk semua pihak sedangkan jalan yang dipilih membawa membawa diri mereka  ke lembah hina. Semua pihak harus bersama-sama menanganinya.

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah