Kakak saya..

Assalamualaikum...
Entry ini mungkin agak lewat: Selamat hari lahir kepada satu satunya kakak ku dunia & akhirat : ZAINURULHAFFIZA BT ZAINOL

Kakak & Basit


     Alhamdulilah syukur tak terhingga rasanya hingga kini masih lagi dapat merasai nikmat kasih sayang seorang kakak...rasanya kami adik beradik faham bagaimana kakyun mengharungi liku liku hidupnya.Teringat lagi masih kami kecik ada jadual bertugas dirumah yang ditampal di dinding dapur.Mungkin pada hari isnin tugasan Daus untuk membasuh pinggan,boy,membuang sampah dan adik mengemas ruang tamu. Alangkah disiplinnya kami mengikut arahan kakak ku.

Siapa lagi yang kita ada di dunia ini sebagai saudara kandung kita selain mereka?


    Teringat juga kenangan bagaimana kakyun tabah menghadapi pertanyaan mahupun sindiran bila tidak dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun berkahwin..
Teringat juga...airmata kakak ku pasti mengalir apabila menghantarku ke stesen bus sebelum aku menyambung saki baki pengajian disini.
Teringat juga bagaimana kekenyangan yang dirasai bila bertandang kerumah.

With kak yun  teman buat IC di Putra Jaya

     Buat Kakak ku yang tersayang...semoga bertambahan umur, bertambahlah ketaqwaan kita kepadaNYA. Insyallah moga kita sama-sama dapat mencapai "plan" yg kita harap-harapkan itu.

2 Responses so far.

  1. tq sayang...i love u...airmata ku jatuh kebumi...bila membaca isi hatimu pd insan yg kamu sayangi...Hatiku semakin dekat pd mu...

  2. ku baca lagi...sambil diusik2 oleh= tumik2..

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah