Just a little talk at the middle of night..

21st April,2011



Assalamualaikum...dikala malam2 bergini dalam menyiapkan lambakan assignmnet yang tak pernah-pernah putus....terasa saat2 keseorang dan sendirian menyudahkan kerja2 yang ada..terdetik difikiran..apa yang sebenarnya kita cari dalam kehidupan ini kan...

Jika bahagia dinilai hnya pd peristiwa & perkara besar : perkahwinan, ulangtahun kelahiran, deretan A dlm peperiksaan, rumah baru, kereta mewah & seumpamanya, maka tiadalah rasa bahagia pada peristiwa & perkara kecil : senyuman pasangan/anak, ucapan terima kasih, hembusan bayu, kicauan unggas, hijau tanaman dll, sedangkan yg besar itu sngt jarang & sukar ditemukan, manakala yg kecil itulah sering menghiasi kehidupan.

Sukakah kita dgn rumah besar & selesa?, nescaya Allah menawarkan sebesar langit & bumi. Asyikkah kita BERCINTA & DICINTAI? nescaya Allah sediakan PASANGAN utk bercinta dgn BERIBU KALI ganda nikmat cinta dunia, Sukakah kita kelihatan indah & cantik?, nescaya Allah akan menjadikan kita AMAT INDAH tanpa satu kelemahan fizikal pun. Syaratnya hanya SATU, jadilah MUTTAQIN (orang bertaqwa).

Alangkah tidak seronoknya bila terlupa, alangkah sukarnya untuk tidak melelapkan mata. Walau dicuba untuk tidak lupa, tetap juga terlupa. Walau berusaha untuk tidak tidur, mata ini tetap juga mahu terlena. Kerana itu, manusia ini sifatnya lemah berbanding ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa, Yang TIDAK PERNAH tidur danTIDAK PERNAH lupa. Renungkanlah wahai diri yang mudah leka lagi alpa..sipalah kita tanpa DIA!

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah