Antara Malu dan Maruah

 2 June 2011

Assalamualaikum...pada mula mmg tidak mahu tulis entry ini tapi bila difikirkan semula adalah baiknya dikongsi bersama mengenai isu kanak-kanak perempuan ini dari perspekktif perundangan. Ya. pelajar perempuan yg berusia 14 masih lagi kanak-kanak dr segi definisinya dlm perundangan di Malaysia.


Maaf link nya saya simpan atas faktor-faktor tertentu...jika kalian ingin memberi nasihat YA.Untuk mecaci maki tidaklah perlu kerana pendekatan Islam bukan begitu kan?

  
klik utk pembesaran
Mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, sebarang hubungan seks dengan perempuan berusia bawah 16 tahun, ia adalah jenayah rogol.

Biarpun ia (perlakuan seks) dilakukan dengan kerelaan kerana peruntukan undang-undang sudah jelas, ia tetap jenayah rogol.

Rogol statutori adalah berbeza dari rogol paksaan.

Tidak kira apa jua alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.

Hukuman yang disebutkan dalam seksyen ini adalah "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."
"Kalau boyfriend dia 14 tahun, dia pun bawah umur jugak?"

Kalau ikut peruntukan dalam Kanun Keseksaan, jika budak lelaki itu berusia lebih 12 tahun, ia bermakna ia boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol statutori. 

Manakala jika gadis ini mengakui dia melakukan dengan kerelaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh ambil tindakan melalui Akta Perlindungan Kanak-Kanak termasuk menghantar gadis ini ke pusat pemulihan akhlak.

Apapun, kita yang dah dewasa ni sepatutnya bukan menghukum, sebaliknya memberi nasihat sebagai ORANG DEWASA yang akalnya lebih baik dan matang. Tapi bila baca komen orang yang dikatakan dewasa, aku rasa macam diaorang ni berusia 5 atau 6 tahun jek.
So here my comment despite on being commented about the legal perspective:

Adik, I do applaud you for being true to yourself for admitting what you have done tapi I feel confuse when you say 'asalkan ada maruah diri'. Which part yang anda rasa anda mempunyai maruah diri?Sometimes I do wonder why young people feel the need to brag on doing stupid things like this. Yes you can say you are happy now, doing the things you do..wait for another 10 years and you regret it your whole life.takut takut takut sebab suatu hari nanti Insyallah  kita semua akan ada anak dijauhkanlah hendaknya benda2 camni. once again beri nasihat bukan caci maki!!!

 : “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.  -ayat 38, surah Ali-Imran

One Response so far.

  1. delarocha says:

    si adik tu masih muda sgt

    dia tahu ke apa itu 'maruah' ?

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah