Bakteria E-Coli suka membiak dalam kuku????yEUWWW(Part 1 )

10 JUNE,2011
Assalamualaikum...Hye Readers recently bakteria E-coli sedang menganas kat dunia nie. So based on my researh scrolled trough google i.e trusted website:

 Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Here the latest news around the world:
Bakteria E-Coli yang menyebabkan 18 kematian di Eropah, dilaporkan adalah jenis baru yang belum pernah dikesan sebelum ini.Perkara ini disahkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO.Penyelidikan awal genetik, menunjukkan bakteria berkenaan adalah mutan daripada dua jenis E-Coli berbeza.Kedua-dua bakteria itu, menurut WHO, mempunyai gen berbahaya, yang menjadi penyebab mengapa wabak E-Coli yang merebak di Eropah adalah meluas dan mengancam nyawa.

Russia, dalam pada itu mengenakan larangan ke atas import sayur mentah dari Negara-negara Kesatuan Eropah, berikutan ancaman wabak E-Coli, yang berpusat di Jerman.


Emiriyah Arab Bersatu, UAE, pula mengenakan larangan sementara ke atas import timun dari Sepanyol, Jerman, Denmark dan Belanda.

Di Jerman jumlah pesakit yang dijangkiti wabak E.Coli, semakin bertambah dengan angka kematian kini meningkat kepada 17.

Sebuah hospital di Hamburg, kini menempatkan lebih 20 pesakit yang mendapat rawatan di Unit Intensif, ICU."


 

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah