Statistik: Ramai Tidak Puashati Dengan Perkhidmatan ASTRO: PPIM

29 June,2011


Assalamualaikum Readers,


Pernah korang alami situasi ini:
1. Ngah Best-best tengok 1series tue,nak dekat-dekat ending keluar benda ini time Hujan:





2. Pastu Korang Budjet dengan Tekan menu-Satelit signal dapat la korang tengok ending yg berbaki 10 min tue.
3. Oleh kerana still tak boleh pernah tak korang rasa nak payung je Piring UFO tue supaya siaran jangan terggangu..





4. Oleh kerana still tak dapat siaran korang pun benggang so,tak mau bayar bil bulan tue,last2 kena poyong pastu dikenakan reconnection Fees RM 20.00 hingit ni belum campur Kita call talian Bebasnya yang kena bayar tue,tunggu pula operator tu reconnection talian Astro.

Well, personally service Astro memamng perlu diperbaiki,bahkan asyik ada siaran ulangan sahaja.Contoh Channel Diva sebenarnya dalam sehari berapa cerita baru sahaja ditayangkan dalam sehari? Rasanya Oprah tue dah beribu kali ulang,Filem2 pun sama.Plus Top Chef sampai AXN pun ada Diva pun ada.Sama pulak tu. Alahai...Atleast bagilah kami Rebat kerana sistem yang tergendala setiap kali hujan.




Soalselidik Perkhidmatan ASTRO yang disiarkan dalam laman web PPIM mendapati jauh dari memuaskan hati pengguna. Sama-samalah harapan kita supaya soalselidik ini akan mengejutkan kerajaan untuk mengambil apa-apa tindakan yang bersesuaian untuk melindungi kepentingan pengguna.
Lima dari 10 perkara yang disoal, lima (5) perkara didapati mempunyai tahap tidak puashati yang sangat tinggi iaitu melebihi 90 peratus ialah mutu siaran, caj yang tinggi, penerimaan siaran semasa hujan, caj penyambungan semula, dan ketiadaan rebat akibat dari gangguan siaran semasa hujan.
Ada juga berpendapat bahawa siaran yang disiarkan oleh ASTRO tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Berikut adalah statistik yang dikumpul pada hari ini (9 Jun 2011):
  1. 97.54% berpendapat ASTRO terlalu banyak/kerap menyiarkan siaran/program ulangan.
  2. 97.32% berpendapat ASTRO perlu memberi rebet kerana perkhidmatannya tergendala ketika hujan.
  3. 96.12% tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan ASTRO ketika hujan.
  4. 94.34% berpendapat jangkamasa penyambungan tidak sepadan dengan caj penyambungan semula.
  5. 93.87% berpendapat caj penyambungan semula sebanyak RM 20 tidak berpatutan.
  6. 93.61% berpendapat caj yang dikenakan ASTRO tidak berpatutan dengan mutu perkhidmatan
  7. 80.78% mengatakan program dan iklan tidak selari dengan saluran-saluran ASTRO sedia ada.
  8. 87.20% berpendapat perkhidmatan penyambungan tidak perlu dicaj kepada pengguna.
  9. 82.49% perpendapat iklan di Astro sangat banyak.
  10. 60.40% berpendapat rancangan yang disiarkan tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat.



2 Responses so far.

  1. kan...takde pilihan...mcm zai beli pun sebab kawasan rumah guna
    ariel xelok tv..huhu

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah