I'm Officially Employed

2 July,2011

Assalamualaikum Readers,
Setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan kehadrat Allah swt di atas limpahan kurniaNya yang tanpa sempadan..Nikmat yang terbesar dalam kehidupan yakni nikmat iman dan islam...Hakikat kebahagiaan itu tidak akan tercapai tanpa keimanan.. mana mungkin kita menginginkan kebahagiaan itu hadir dalam kehidupan sedangkan kita tidak beriman terhadap Tuhan yang memberikan nikmat bahagia itu ?

Alhamdulilah, Nikmat Allah tidak terkira rasanya. Benar-benar di uji oleh Nya kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Semalam adalah detik paling nikmat dalam hidup apabila berjaya di tempatkan disalah sebuah Firma terbaik di Malaysia ini untuk memulakan latihan dalam kamar(Chambering/Pupillage Period). Apa yang lebih penting area of practice adalah yang paling diminati iaitu Civil Litigations dan juga Criminal Litigations. Jika sebelum ini kebanyakkan hanya membuat Conveyancing. Walaupun lokasi firma agak jauh dan masih lagi tercari-cari jalan terbaik  untuk kesana tetapi Insyallah yakin benar dengan keputusan ini.

Lebih membahagiakan apabila mendapat master yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun. Walaupun di ingatkan oleh beliau yang dia akan memastikan setiap Pupil nya belajar dan terus berusaha tanpa jemu plus "im very strict". Beliau juga sempat memberi contoh bahawa Tiger Woods yang telah berjaya pun  sekurang-kurangnya akan berlatih memukul bola golf lebih daripada 1000 kali sehari. "Ur enjoy time its end start on this day"
"If other works 10 times, You have to works 20 Times, so prove yourself"

InsyAllah kata-kata ini akan disematkan dalam hati kerana My career starts at the He accept me as the Pupil.

Alhamdulilah Ya Rabb..


5 Responses so far.

  1. alhamdulillah... tahniah, semoga dipermudahkan urusan kerjaya... :)

  2. semoga berjaya..insyaAllah..ameen~

  3. mekasih semua... ~~~aminn...

  4. Tahniah tahniah, insyaallah berjaya.Bidang kita ni kene sabar banyak2 tau SMILE. :)

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah