Coretan

Tuesday,07.02.2012


Bismillahirahmanirahim....Assalamualaikum wrh..


Sahabat-sahabat yang di kasihi..

Apa khabar? Semoga sentiasa dalam payungan rahmat Allah swt. Sudah lama tidak berkesempatan menulis. Hari-hari yang lalu, agak sibuk dengan chambering life,dalam mengejar due date yang tak sudah,benar,banyak kerja banyaklah pengalaman. Kerja itu bukankah rezeki dari Allah?
 
Alhamdulilah..
 
Insyallah kurang dari 2 bulan akan taman tempoh pupilllage/latihan dalam kamar sebelum dapat bergelar peguam. Ya, terlalu banyak yang perlu ditempuhi..sperti berdiri di atas jalan yang lurus tapi penuh dengan duri-duri dan liku-liku yang perlu di lalui.
 
Kegagalan? Ya masih banyak kegagalan yang belum aku tempohi.
Kekecewaan? Ya banyak lagi kekecewaan yang masih belum di "cure"
Personal life? Ya masih banyak lagi aku perlu pelajari dan perlu mendidik diri lebih matang dan berfikiran positive.
 
Esok akan bermula kerja setelah lama bercuti dan mungkin selepas ini tiada lagi public holiday.Kerja dan terus kerja....
 
Gembira ada, tak sabar ada..berdebar-debar pun ada. Gembira menanti saat-saat tamat latihan. 9 bulan lebih penantian hari itu..tak sabar pula untuk keluargaku berbangga dengan kerjayaanku.Tidak lah berjaya mana tetapi sekurang-kurang nya membuatkan mereka tersenyum bahagia walaupun di bahu ku terletaknya beban tugas yang amat berat kepadaku untuk hidupku,keluargaku,agama dan juga bangsaku.
 
Namun, segalanya aku serahkan pada Allah swt sahaja. Allah yang menyusun apa yang terbaik..

One Response so far.

  1. alhamdulillah, xlama lagi dh nk brgelar peguam kan.teruskan usaha...jd lah peguam yg terbaik sekali :)
    insyaallah

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah