PTPTN- Pendapat Peribadi saya

Saturday 14 April 2012

Assalamualaikum

Today's news really called me to put my personal views on it. 
"mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo. "

First of all I would like to say that I am ex-mahasiswi and also the borrower of PTPTN.


Secara peribadi saya berpendapat PTPTN TIDAK WAJAR DIMANSUHKAN. Ini kerana wang PTPTN yang diberi bukan sahaja meliputi keperluan untuk membayar yuran pengajian tetapi untuk menampung kos sara diri. Sebagai contoh, fotostat, print assignment, kerja-kerja luar, tambang bus, makanan,beli sabun basuh baju, kadangkala laptop rosak,dan ada juga untuk membantu ibu bapa dan adik beradik yang lain. Ingat, duit yang ada itu pasti setiap orang memerlukannya untuk tujuan yang pelbagai. Tak semua orang dilahirkan dengan kaya raya. Dan jika anda pernah menjadi mahasiswa atau mahasiswi pasti anda tahu banyak benda yang perlu dibeli dan/atau untuk memnampung keperluan kita.

Membayar semula PTPTN juga jika dipandang dari sudut positif membuatkan kita lebih bertanggungjawab. Lihat CONTOH situasi ini:

Student A: "Banyak aku pinjam ni. ermm kalaulah ak separuh jalan study mesti kecewa mak bapak aku ni. dahla mereka penjamin untuk pinjaman ini."

Student B: "Duit PTPTN nie kena ganti kalau lah pointer setakat cukup-cukup makan memang rugi la"

Student C: "Alhamdulilah dapat 4.00 Flat tak payah akU ganti duit Pinjaman PTPTN ini.

Bagaimanapula jika PTPTN ini diberikan percuma?berapa kadar/Jumlah yang akan diberikan?Saya percaya kadarnya perlulah berbeza dari sudut Pusat Pengajian tersebut didirikan dan kos yang diambil"

Walaubagaimanapun, apa yang mengecewakan mengenai PTPTN adalah kadar bunga/atau kadar upah yang ditetapkan dan ini saya sememangnya berharap ianya DIMANSUHKAN.

Baru-baru ini PTPTN ada menganjurkan skim UJRAH.

Pada pendapat saya, kadar upah yang dikenakan masih lagi tinggi. 
Sebagai contoh, 
Jumlah pembiayaan saya adalah = RM26,000.00 
Upah pengurusan pembiayaan = RM3,900.00 
Tempoh bayaran balik = 180 bulan
Ansuran bulanan = RM 166.11.

Sejujurnya  saya amat terkejut dengan upah yang dikenakan. Saya masih teringat bagaimana saya menunggu berjam-jam di dewan dan berhadapan dengan pegawai-pegawai dari PTPTN yang hadir di Universiti pada masa itu untuk menguruskan pinjaman tersebut. Dari segi layanan yang diberikan mahupun kerjasama dan ketiadaan senyuman yang diberikan,pada pendapat saya memang tidak layak untuk mendapat kadar upah sedemikian rupa. Tambahan pula, untuk menukar kepada skim UJRAH ini, saya sendiri perlu membayar setem hasil. Ya memang benar hanya RM20 tetapi bagaimana pula dalam mana kesibukan dengan kerja,tidak semua dapat pergi ke LHDN untuk mematikan setem tersebut?Sudah tentu mengambil masa.

Dan sekali lagi ini hanyalah pendapat peribadi saya dan dari pengalaman saya sendiri. Anda bagaimana?

One Response so far.

  1. ptptn tak perlu dimansuhkan cuma bunga dia kena hapuskan je..silalah dtg ke blog sy..http://fazilahlot.blogspot.com..hehehe

Leave a Reply

Tinggalkan saya sesuatu...

Alhamdulilah